Teknologi Penggunaan dan Penyimpan Karbon (CCUS) di Sarawak bakal dibangunkan dengan lebih komprehensif melalui kerjasama syarikat antarabangsa Korea, Posco Group dan syarikat minyak dan gas sarawak, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).<br /><br />Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebagai Pengurus Sumber CCUS di negeri itu, PETROS mempunyai kekuatan dari sudut pendataan dan kepakaran tempatan bagi menetapkan tapak karbon yang berpotensi.
